masa tu aku ngn dia dgn dua org lagi mmber aku pergi ke tempat yg telah kami pelan lama lah jugakk. best sangat2 sbb pelan tu menjadi tauu :) kami pergi menempah kereta kancil sebagai sewaan kami semasa berada dlm perjalan bg memudahkan urusan untuk ke mana2. mula2 tempat tujuan kami yang pertama ialah legong hot spring pool :) best siaaaaaa ! rase mcm first time aku mandi kolam mcm tu. tp yg betul2 ounya first time bila aku mandi kolam pada pukul 2pagi mcm tu lah. mana ada rare kan ?
lepas tu kiteorang pergi ke butterwoth penang. hah ! untuk pengtahuan aku duk tukar2 drive dgn mmbe aku yang bawa sama2 dgn kapel nya. masa nak pergi butterworth tu dr legong agak jauh lahh dgn jalan yg lobang2 buat aku ngn dia nak tido pun susah. bukan ape takot dah tade masa lagi nak tido dah lepas nie. sbb bila aku dah sampai penang nnty, aku pulak yg kene drive hurmmm. mmg byk kenangan aku ngn dia walaupun baru first time hang out bersama.
tapi aku paling tak sangka pada malam yg aku bagitahu dia yang aku suka sangat kat dia tu. dia buat aku sedih sangat tp aku takda lah tunjuk kat org yg aku sedih sangat lagi2 kat dia. dia cakap ngn aku, aku dah terlambat sbb dia dah ada suka ngn org lain dan hampir sayang ngn budak tu walaupun belum ada apa2 ikatan yang buat dia betul2 kene tinggalkan aku. dia ckp mcmtu nampak mcm aku dah mmg tak boleh nak usha dia dah. mmg sedih sgt time tu lagi2 bila dapat tahu yg budak tu budak msi, dan budak kelas aku woo !
kat sini aku nak cakap lah, kalau anda dah suka seseorang tu kena lah pergi pikat dia cepat2 sebelum dia di ambil orang mcm cerita aku ni. start daripada kejadian tu, aku mmg takkan lupakan dia. tp bila aku dapat tahu yg dia ada keluar dgn budak tu. aku takboleh tahan ! pedih wo hati nie :'(